Sharp timbang jual saham dalam pembuat skrin

Sharp timbang jual saham dalam pembuat skrin

TOKYO, 17 Dis – Sharp sedang dalam rundingan untuk menjual sahamnya dalam syarikat pembuat skrin TV, Sakai Display Products Corp kepada rakan niaga Taiwan dalam usaha sama itu, menurut laporan hari ini.

Syarikat elektronik Jepun yang bergelut itu dalam rundingan bersama Hon Hai Precision Industry Co mengenai penjualan sahamnya, lapor agensi Kyodo News, memetik sumber rapat mengenai hal berkenaan.

Rundingan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Sharp untuk menstrukturkan semula dan meningkatkan kesihatan kewangannya, yang terhakis akibat penglibatannya dalam perniagaan LCD yang mengalami kerugian.

Sharp dan Hon Hai masing-masing memiliki 37.6 peratus daripada saham syarikat, berpangkalan di Sakai, barat Jepun. Sharp berharap untuk menyelesaikan rundingan sebelum April, menurut laporan itu. – dpa