She Runs 15 Mei ini

She Runs 15 Mei ini

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mac – Fitness Zone dengan kerjasama Brunei Press dan Kelab Wanita Antarabangsa Brunei akan mengadakan larian amal bagi wanita, She Runs 2016 pada 15 Mei 2016 ini.

Menurut penganjur dalam sidang media di Fitness Zone Serusop, hari ini, acara itu memberikan sasaran kepada perkumpulan wanita Brunei dan meningkatkan kesedaran dalam meningkatkan keyakinan mereka dan sebagai salah satu kerja amal kebajikan.

Pengarah Pengurusan Fitness Zone, Wu Chun menegaskan, Fitness Zone sangat berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan syarikat dan organisasi besar di negara ini untuk menyokong dan mendukung hasrat murni seperti ini.

“Saya dan kumpulan Fitness Zone mendedikasikan She Runs 2016 untuk memperkukuhkan wanita dalam mengharungi dan menjalani kehidupan yang lebih baik dan daripada acara ini juga akan memberikan titik perubahan kepada mereka sebagai inspirasi membuat kelainan, pengukuhan semangat masing-masing,” ujarnya lagi.

Dalam kenyataannya, Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bhd, Reggie See pula menyatakan, acara ini adalah selari dengan inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat dan Brunei Press akan terus menyokong acara kemasyarakatan yang dianjurkan di negara ini.

Warga Fitness Zone, Brunei Press dan Kelab Wanita Antarabangsa bergambar ramai pada akhir majlis tersebut.
Warga Fitness Zone, Brunei Press dan Kelab Wanita Antarabangsa bergambar ramai pada akhir majlis tersebut.
Reggie See dan Wu Chun bertukar dokumen penganjuran acara larian amal She Runs 2016 yang dimeterai kelmarin.
Reggie See dan Wu Chun bertukar dokumen penganjuran acara larian amal She Runs 2016 yang dimeterai kelmarin.

“Sejak kebelakangan ini banyak pemberigaan mengenai amalan kesihatan dan pencegahan penyakit tidak berjangkit melalui acara seperti larian amal ini dan melalui itu juga kita mampu memberikan pendedahan akan kepentingan penjagaan kesihatan melalui sukan untuk menjadikan kehidupan lebih sihat,” ujar Reggie See lagi.

Pendaftaran dalam talian hari ini sehingga 10 April 2016 dan pembayaran akan bermula pada 25 Mac sehingga 18 April 2016 yang boleh dibuat melalui Fitness Zone Kiulap, manakala itu, kit larian akan diserahkan bermula 10 hingga 13 Mei 2016 nanti.

Sidang media berkenaan turut diteruskan dengan penandatangan memorandum persefahaman antara pihak yang terlibat menjayakan She Runs 2016 kali ini.

ARTIKEL YANG SAMA