She Runs promosi kesihatan wanita

She Runs promosi kesihatan wanita

Oleh Syahmi Hassan

 

SHE RUNS anjuran Fitness Zone pada kali ini semakin bertambah sambutannya berbanding dengan tahun lepas iaitu daripada lebih kurang 1,500 peserta pada tahun lepas kepada lebih kurang 2,000 peserta pada tahun ini.

Para peserta She Runs kali ini bukan hanya disertai oleh penduduk Negara Brunei Darussalam sahaja, bahkan dari 16 buah negara lain.

Wartawan Media Permata meninjau acara berkenaan yang berlangsung hari ini dan menemui beberapa orang peserta dari luar negara. Antara yang ditemui ialah Christine Wu, 19, yang berasal dari Beijing, China.

Menurut Christine Wu, ini merupakan kali kedua beliau telah datang ke Brunei semata-mata untuk mengikuti acara larian She Runs. Beliau yang datang ke Brunei dari 12 Mei lalu hingga 18 Mei ini, telah mendapat tahu program larian tersebut melalui media sosial seorang artis tempatan antarabangsa Negara Brunei Darussalam, Wu Chun, yang juga Pengarah Pengurusan Eksekutif Fitness Zone.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berkenan menerima pesambah daripada Wu Chun.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berkenan menerima pesambah daripada Wu Chun.
Wu Chun ketika menyampaikan hadiah kepada johan kategori 5 kilometer.
Wu Chun ketika menyampaikan hadiah kepada johan kategori 5 kilometer.
Wu Chun ketika menyampaikan hadiah kepada naib johan kategori 5 kilometer.
Wu Chun ketika menyampaikan hadiah kepada naib johan kategori 5 kilometer.

“Saya datang ke Brunei mengikuti larian She Runs ini semata-mata untuk berjumpa dengan Wu Chun kerana saya adalah peminat setia beliau dari sejak umur saya 10 tahun lagi iaitu dari 9 tahun yang lalu,” jelas Christine Wu.

Selain dari Negara China, Media Permata juga menemui seorang peserta dari Negara Malaysia. Shally, yang kini berumur 43 tahun, berkata: “Ini merupakan kali pertama saya mengikuti acara larian She Runs. Saya mahu mencabar diri saya sendiri dari segi stamina di mana saya perlu menamatkan larian sejauh 5 kilometer.”

Perlepasan larian SheRuns.
Perlepasan larian SheRuns.

pgm8_160516_e

pgm8_160516_f

pgm8_160516_g

Keceriaan para peserta yang menyertai She Runs.
Keceriaan para peserta yang menyertai She Runs.

pgm8_160516_i

Acara larian berkenaan, menurut beliau, adalah sesuatu yang berguna dan bermanfaat kerana ia menyokong untuk meningkatkan kesihatan bagi para wanita. Beliau juga berharap para wanita yang mengikuti larian ini akan menjadi lebih sihat dan bermotivasi untuk melakukan larian yang lebih baik di masa hadapan.

Selain para peserta dari luar negara, Media Permata juga menemu bual salah seorang peserta tempatan. Dayang Arina binti Abdul Rahman, 27 tahun, ketika ditemui berkata: “Ini adalah kali pertama saya mengikuti She Runs. Namun sebelum ini saya pernah mengikuti acara larian-larian anjuran lain.

pgm8_160516_j

pgm8_160516_k

Antara peserta She Runs bergambar bersama prop-prop yang disediakan.
Antara peserta She Runs bergambar bersama prop-prop yang disediakan.
Persembahan daripada YASKA dan Special Olympic Brunei.
Persembahan daripada YASKA dan Special Olympic Brunei.
Arina (kiri), bersama kakak dan juga saudaranya/sepupunya juga turut mengikuti She Runs.
Arina (kiri), bersama kakak dan juga saudaranya/sepupunya juga turut mengikuti She Runs.
Christine Wu sangat gembira bertemu dengan artis kegemarannya, Wu Chun.
Christine Wu sangat gembira bertemu dengan artis kegemarannya, Wu Chun.
Shally ketika ditemui Media Permata.
Shally ketika ditemui Media Permata.

“Pada pendapat saya, apa yang menarik tentang She Runs adalah ia memberikan peluang kepada golongan wanita yang mementingkan kesihatan untuk berkumpul dalam aktiviti sosial secara sihat dan memberikan peluang kepada wanita untuk bergiat aktif lagi dalam acara larian seperti ini.”

Beliau mengikuti acara She Runs oleh kerana atas pelawaan kakak-kakaknya. Di samping itu juga, sebagai permulaan beliau untuk menjadikan acara larian sebagai salah satu hobinya.

“Insya Allah saya akan mengikuti acara sebegini di masa akan datang,” tambah Arina lagi.

ARTIKEL YANG SAMA