Shebab disyaki lakukan serangan

Shebab disyaki lakukan serangan

NAIROBI, 7 Julai (AFP) – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 11 lagi cedera hari ini apabila lelaki bersenjata menyerang kampung utara Kenya, berdekatan dengan sempadan Somalia yang dilanda perang, pegawai dan pasukan bulan sabit memberitahu.

Walaupun tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut tetapi militan Shebab Somalia telah melakukan beberapa rentetan serangan di rantau tersebut, menyerlahkan rasa tidak selamat yang melanda sebahagian negara tersebut.

Serangan tersebut terjadi di kawasan digelar Soko Mbuzi, sebuah pasaran ternakan di luar bandar Mandera di rantau utara Kenya, bersempadan dengan Somalia dan Ethiopia.

“Orang ramai sedang tidur ketika serangan itu terjadi, mereka hanya datang dan melemparkan bahan letupan ke rumah-rumah,” kata Pesuruhjaya Daerah Mandera Alex Ole Nkoyo, mengesahkan 14 orang telah terbunuh dalam serangan awal pagi hari ini.