Sheikh Salman nafi langgar hak asasi manusia

Sheikh Salman nafi langgar hak asasi manusia

MANAMA, Bahrain, 30 Okt (Agensi) – Calon presiden FIFA Sheikh Salman bin Ibrahim Al Khalifa mengeluarkan kenyataan penafian tegasnya ke atas dakwaan kononnya beliau membantu pelaksanaan tindakan keras yang melanggar hak asasi manusia selepas bantahan prodemokrasi.

Kemasukan anggota keluarga diraja Bahrain itu dalam senarai tujuh calon yang bertanding bagi peneraju FIFA mencetuskan dakwaan beliau pada 2011 mempengerusikan sebuah panel yang mengenal para pemain pasukan kebangsaan dan atlet lain yang dipenjarakan kerana menyertai bantahan jalanan.

Media melaporkan pada 2011 bahawa lebih 150 atlet dan para pegawai sukan diberkas, dan sebahagian mereka mendakwa diseksa oleh tentera kerajaan.

Sheikh Salman bin Ibrahim Al Khalifa. – Reuters
Sheikh Salman bin Ibrahim Al Khalifa. – Reuters

Kumpulan hak asasi di Bahrain dan laporan media yang mengesahkan mengenai peranan Sheikh Salman dalam panel berkenaan, bekas presiden persekutuan bola sepak negara-negara Teluk, seperti yang diumumkan oleh agensi berita negara berkenaan.

“Dakwaan baru-baru ini keseluruhannya tidak betul dan dinafikan sekeras-kerasnya oleh Sheikh Salman,” menurut pejabat kempennya dalam satu kenyataan yang diterbitkan lewat semalam.

Kenyataan itu ada mengesahkan bahawa Sheikh Salman dicadangkan untuk “menerajui jawatankuasa pencarian fakta berkaitan dengan kejadian pada 2011.”

Bagaimanapun, “jawatankuasa itu tidak ditubuhkan secara rasmi dan tidak pernah menjalankan sebarang aktiviti,” kata kenyataan itu.

ARTIKEL YANG SAMA