Sheikh Salman rasmi bida bos FIFA

Sheikh Salman rasmi bida bos FIFA

PARIS, 26 Okt (Reuters) – Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC), Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khlaifa dari Bahrain, secara rasminya menyertai perebutan untuk menjadi presiden FIFA, Bahrain News Agency melaporkan semalam.

Agensi itu berkata Sheikh Salman telah menghantar kertas kerjanya ke ibu pejabat FIFA semalam, sehari menjelang tarikh akhir bagi calon –calon untuk menghantar pencalonan dari lima persekutuan bola sepak.

Sheikh Salman dari Bahrain, yang bersekutu rapat dengan Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah dari Kuwait, adalah salah seorang paling berkuasa dalam politik sukan antarabangsa dan tokoh utama dalam pergerakan Olimpik, mendapatkan pendapat dari persekutuan-persekutuan bola sepak Asia minggu lalu.

Sheikh Salman sebelumnya menyokong Michel Platini, presiden UEFA. Tetapi Platini menghadapi masalah, yang dilibatkan dengan pembayaran pada 2011 bagi dua juta Swiss francs (AS$2.04 juta) dari FIFA menerusi Blatter kerana menjalankan tugasannya beberapa tahun sebelumnya, secara dramatik menukar persekitaran pemilihan.

Awal bulan ini, Platini diberikan penggantungan 90 hari dari bola sepak oleh Jawatankuasa Etika FIFA — keputusan yang dengan segera melenyapkan sokongannya.

Platini merayu penggantungan itu dan belum dapat untuk kembali dalam perebutan undian 26 Februari jika dia berjaya menterbalikkan penghakiman.

Sheikh Salman akan menghadapi satu lagi ahli kerabat Diraja Arab dalam pilihan raya bersama Putera Ali Bin Al Hussein dari Jordan yang sudah menghantar pencalonannya.