Sheikh Salman ‘tunggu masa’ umum bertanding

Sheikh Salman ‘tunggu masa’ umum bertanding

GENEVA, 16 Okt (Agensi) – Ketua bola sepak Asia, Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa dilihat akan bertanding dalam pilihan raya presiden FIFA untuk menggantikan Sepp Blatter jika dia mempunyai sokongan yang mencukupi, orang yang tahu dengan kedudukan itu memberitahu semalam.

Sheikh Salman, anggota kerabat Diraja Bahrain, masih mempunyai sehingga 26 Oktober untuk menghantar pencalonannya yang memerlukan sokongan lima persekutuan untuk berada dalam undian 26 Februari.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia akan menyertai kekosongan pilihan raya yang dilihat akan ditinggalkan oleh Michel Platini yang pernah menjadi pilihan.

Kempen presiden UEFA bagi ketua FIFA dengan segera disokong oleh Sheikh Salman pada Julai lalu. Tetapi sekarang Platini dilihat tidak mungkin akan meluluskan pemeriksaan integriti pilihan raya selepas penapisan calon kerana dia digantung dari badan dunia bola sepak itu ketika dia berada di bawah penyiasatan etika terhadap pembayaran FIFA 2011 yang dibenarkan oleh Blatter.

Sheikh Salman akan menggunakan kunjungan minggu depan ke Zurich bagi mesyuarat jawatankuasa eksekutif FIFA untuk membincangkan bersama ketua –ketua bola sepak jika mereka akan menyokong bidaan presidennya, kata orang tersebut. Orang yang tidak mahu didedahkan itu kerana belum ada keputusan dibuat.

Gambar fail bertarikh 30 April 2015 menunjukkan Sheikh Salman bercakap kepada wartawan selepas Kongres AFC di Manama, ibu negara Bahrain. – AFP
Gambar fail bertarikh 30 April 2015 menunjukkan Sheikh Salman bercakap kepada wartawan selepas Kongres AFC di Manama, ibu negara Bahrain. – AFP

Selain dari Platini, ketua persekutuan Jordan, Putera Ali bin al-Hussein adalah satu-satunya orang yang menghantarkan secara rasmi pencalonannya setakat ini kepada FIFA.

Sheikh Salman tidak menyokong kempen Putera Ali dan dilihat mampu untuk mengetuai sokongan kebanyakan 47 persekutuan negara Asia — tidak seperti calon dari Jordan itu. Sheikh Salman mungkin akan menyelamatkan majoriti undian dari 54 persekutuan negara Afrika, kata sumber tersebut.

Ia tidak jelas negara Eropah mana yang akan menyokong jika Platini diisytiharkan tidak layak, walaupun presiden UEFA berusaha untuk memberikan tentangan perundangan agar penggantungannya ditarik balik.

Ahli-ahli UEFA dari jawatan kuasa eksekutif FIFA akan menggunakan mesyuarat di Zurich itu pada Selasa depan sebagai peluang untuk membincangkan pilihan bagi alternatif calon Eropah berbanding Platini.