Sheila Majid ...

Sheila Majid promosikan kepentingan khazanah hutan

PETALING JAYA – Penyanyi Datuk Sheila Majid memberitahu percutiannya bersama keluarga di Taiping, Perak penghujung tahun lalu telah memberi kesedaran kepadanya untuk menghargai hutan di Malaysia.

Sheila, 52, berkata, kesedaran itu membuatkan dia terpanggil untuk membantu dalam mempromosikan khazanah hutan yang ada di negara ini kepada masyarakat.

“Disember tahun lalu saya membawa keluarga bercuti di Taiping, banyak tempat menarik di sana yang boleh kami pergi.

“Kami bermalam di Lake Garden dan kemudian melawat zoo dan beberapa tempat menarik di sana. Anak-anak saya sungguh gembira kerana dapat merasai suasana alam semula jadi,” ujarnya.

Persembahan istimewa itu bakal diadakan di Belum Rainforest Resort pada 29 April depan.

Datuk Sheila Majid tingkat kesedaran untuk membantu dalam mempromosikan kepentingan khazanah hutan kepada masyarakat.
Datuk Sheila Majid tingkat kesedaran untuk membantu dalam mempromosikan kepentingan khazanah hutan kepada masyarakat.

Dalam pada itu, Sheila berkata, terdapat banyak lokasi hutan hujan tropika yang menarik dalam negara yang tidak mendapat pendedahan.

“Selepas saya bercuti di Taiping, baru saya sedar banyak tempat semula jadi menarik di Malaysia yang ramai tidak tahu.

“Sebab itu saya terima tawaran ini semata-mata untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar sedar kewujudan alam semula jadi ini dan tidak perlu bercuti ke luar negara sedangkan di negara sendiri banyak tempat menarik,” ujarnya.

Bercakap tentang persembahan istimewa itu, Sheila berkata, dia akan menyanyikan sebanyak 10 buah lagu pada malam berkenaan.

Tambahnya, seramai 100 orang penonton berpeluang beramah mesra bersama dia dan keluarga.

“Buat kali pertama ini kami membuka kepada 100 pengunjung untuk bersama-sama berhibur pada malam berkenaan.

“Bagi yang menginap selama tiga hari dia malam di Belum Rainforest itu juga berpeluang untuk melakukan aktiviti bersama saya dan keluarga sebelum malam persembahan,” ujarnya.