Shell dapat kelulusan China, ambil alih BG

Shell dapat kelulusan China, ambil alih BG

LONDON, 14 Dis (AFP) – Pengambilalihan syarikat tenaga, Shell ke atas pesaing Britain, BG Group telah mendapat persetujuan daripada kerajaan China, menurutnya hari ini.

Pemerolehan Shell sekitar £55 bilion (AS$84 bilion) ke atas BG Group sudah dijelaskan oleh pihak berkuasa di Australia dan Brazil, serta Suruhanjaya Eropah.

“Royal Dutch Shell plc hari ini mengumumkan bahawa cadangannya untuk bergabung dengan BG Group plc telah menerima kebenaran gabungan tidak bersyarat dari Kementerian Perdagangan China (MOFCOM),” menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan.

“Berikutan persetujuan pengumuman sebelumnya di Brazil, EU dan Australia, kelulusan MOFCOM menandakan persetujuan prasyarat yang diperlukan untuk gabungan itu.”

Perjanjian itu adalah bertujuan untuk membantu Shell merangsang pengeluarannya berdasarkan kedudukan kukuh BG dalam gas asli cecair (LNG), satu alternatif bersih kepada tenaga nuklear dan arang.

“Saya teruja yang kami kini mempunyai semua persetujuan prasyarat yang diperlukan untuk berpindah ke fasa penting seterusnya,” tambah ketua eksekutif Shell, Ben van Beurden.

“Ini adalah perjanjian strategik yang akan menjadikan Shell sebuah syarikat berkeuntungan dan teguh di sebuah dunia di mana harga minyak dan gas boleh menjadi rendah pada suatu ketikanya.

Shell, yang kini mencari persetujuan dari kedua-dua set pemegang saham, masih lagi dalam laluannya untuk menyelesaikan perjanjian itu pada awal 2016.

ARTIKEL YANG SAMA