Shell kaji semula operasi NZ

Shell kaji semula operasi NZ

WELLINGTON, 10 Dis – Syarikat gergasi tenaga, Royal Dutch Shell hari ini enggan untuk mengarahkan penutupan operasinya di New Zealand selepas lebih seabad ketika ia memaklumkan kajian semula operasinya di negara itu.

Berita itu muncul ketika syarikat-syarikat gergasi tenaga di seluruh dunia mengurangkan operasi dan pelaburan ekoran kejatuhan dalam harga komoditi yang mengganggu pasaran saham.

Pengerusi Shell New Zealand, Rob Jager mengatakan kajian semula itu adalah sebahagian langkah untuk ‘memperkemas’ portfolio global syarikat-syarikat disenaraikan di London.

“Perniagaan Shell di New Zealand adalah hebat, namun kecil, sebahagian daripada perniagaan Shell global dan oleh itu keputusan untuk menjalankan kajian strategik pada masa ini,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Pada Oktober, Shell mengalami kerugian besar suku ketiga sebanyak AS$7.4 bilion disebabkan harga minyak jatuh dan pembatalan projek mahal di Alaska dan Kanada.

Akibatnya, ia berikrar untuk menjadi ‘syarikat yang lebih fokus dan kompetitif’ dengan menumpukan pada usaha pertumbuhan di air dalam dan gas integrasi.

Aset Shell di New Zealand termasuk saham di pasang gas Maui, Kapuni dan Pohokura, serta 50 peratus saham dalam Shell Todd Oil Services. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA