Shell: Tangguh eksport minyak mentah Nigeria

Shell: Tangguh eksport minyak mentah Nigeria

LAGOS, 1 Okt (AFP) – Syarikat minyak Inggeris-Belanda, Shell mengatakan ia telah membatalkan eksport minyak mentah dari terminal penting di selatan Nigeria disebabkan oleh satu kebocoran talian paip.

Penangguhan itu menjejaskan eksport minyak mentah dari salah sebuah tempat eksport utama Nigeria, Terminal Forcados, yang mempunyai kapasiti 400,000 tong sehari. Penghentian eksport minyak mentah sementara itu disebabkan oleh kebocoran dalam Talian Paip Trans Forcados, kata Shell dalam satu kenyataan yang disiarkan kelmarin.

Kumpulan itu mengumumkan force majeure, sebuah terma perundangan yang membebaskan sebuah syarikat itu daripada kewajipan kontraktual apabila berdepan dengan keadaan yang di sebalik kawalannya.

ARTIKEL YANG SAMA