Shelvey mengaku tidak bersalah atas dakwaan FA

Shelvey mengaku tidak bersalah atas dakwaan FA

LONDON, 17 Nov – Pemain midfield Newcastle United dan England, Jonjo Shelvey mengaku tidak bersalah atas dakwaan Pertubuhan Bola Sepak Inggeris (FA) hari ini.

Shelvey, didakwa menggunakan kata-kata kesat terhadap salah seorang lawannya termasuk kata-kata yang merujuk kepada etnik, bangsa atau warganegara, telah meminta bagi satu perbicaraan peribadi.

Dakwaan salah laku yang diberikan oleh FA itu berkaitan dengan satu insiden yang berlaku ketika Newcastle tewas 2-0 di laman sendiri ke atas Wolverhampton Wanderers pada Kejohanan divisyen kedua pada 1 September.

“Newcastle United boleh mengesahkan Jonjo Shevley hari ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan FA kesalahan salah laku dalam hubungan terhadap satu dakwaan insiden ketika perlawanan Newcastle United menentang Wolverhampton Wanderers pada Sabtu, 17 September,” menurut keterangan kelab tersebut.

“Pemain itu telah meminta bagi satu perbicaraan peribadi bersama FIFA mengenai hal tersebut. Pihak kelab tidak akan membuat sebaran ulasan lanjut sehingga masalah ini diselesaikan.”

Jika didapati bersalah, pemain berusia 24 tahun itu akan berdepan penggantungan sekurang-kurangnya lima perlawanan. – AFP