Sherwood kesal lepaskan Albrighton

Sherwood kesal lepaskan Albrighton

LEICESTER, United Kingdom, 13 Sept (AFP) – Pengurus Aston Villa Tim Sherwood mengaku kelabnya mungkin menyesal melepaskan Marc Albrighton apabila mereka bakal kembali berdepan bekas pemain sayap itu di Leicester.

Albrighton yang berada di Villa sejak bersekolah, berdepan pelbagai kontroversi sebelum dibenarkan berpindah atas dasar percuma pada 2014 tetapi da berjaya membina semula kariernya bersama Leicester.

Pemain berusia 25 tahun itu muncul dalam semua empat perlawanan Liga Perdana bersama Leicester setakat ini dan dia membantu kelabnya melonjak ke tangga ketiga hasil permulaan cemerlang.

Sherwood yang membimbing Villa musim lalu sejurus selepas Albrighton berpindah, berkata: “Pujian harus diberikan kepada Marc kerana dia berjaya menyerapkan diri ke dalam kesebelasan utama pasukan.

“Dia beraksi di bahagian sayap dan sering membantu sama ada serangan atau pertahanan. Dia pemain yang cergas dan tahan lasak. Dia tidak suka membuang masa sebaliknya sentiasa mahu membawa bola masuk ke dalam kotak penalti.

“Dia wajar mendapat pujian. Dia dipinggirkan kelab dan mungkin disebabkan perasaan malu serta rendah diri, dia membina semula kerjayanya dan semakin cemerlang.

“Perkara sebegitu boleh berlaku. Jika kita memiliki bola ajaib dan kita boleh meramal masa depan tetapi dalam kes ini, saya rasa apa yang Villa lakukan terhadap Marc mungkin tidak tepat. “Tetapi kami tidak boleh bimbangkan perkara itu sekarang kerana keputusan sudah dibuat.”

Albrighton menyerap dengan baik menerusi formasi 4-2-3-1 yang diamalkan Leicester dan pengurus Claudio Ranieri gembira dengan sumbangan pemain itu. “Karektor pemain itu penting. Dia seorang yang sedia menerima perubahan,” kata Ranieri.

ARTIKEL YANG SAMA