Shinobu adakan promosi sungkai

Shinobu adakan promosi sungkai

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Bagi memeriahkan bulan Ramadan, Restoran Shinobu tidak ketinggalan menawarkan Promosi Bufet Sungkai kepada pelanggannya di restorannya di Times Square, Berakas.

Dalam promosi itu, cef-cef Shinobu menyediakan pelbagai hidangan daripada makanan pembuka selera hinggalah pencuci mulut.

Ia juga mengetengahkan hidangan panas terkenalnya, shabu-shabu yang mana pelbagai pilihan daripada ikan, bebola dan kek ikan atau sayuran serta daging dimasak di dalam periuk berisi sup pilihan di atas meja.

Shinobu juga tidak ketinggalan menghidangkan susyi bagi penggemarnya.
Shinobu juga tidak ketinggalan menghidangkan susyi bagi penggemarnya.
Pilihan pencuci mulut Shinobu.
Pilihan pencuci mulut Shinobu.
Berbagai bebola, kek ikan, ikan dan sayuran serta daging bagi hidangan shabu-shabu.
Berbagai bebola, kek ikan, ikan dan sayuran serta daging bagi hidangan shabu-shabu.

Selain itu, turut ditampilkan ialah hidangan susyi yang menambat selera para penggemar makanan Jepun itu.

Promosi Bufet Sungkai yang berlangsung sehingga hujung bulan Ramadan ini menawarkan kelebihan kepada pengguna kad Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) yang akan mendapat diskaun 20 peratus pada hari biasa manakala pada hari Ahad, diskaun 30 peratus untuk pemegang kad BIBD tertakluk kepada terma dan syarat.

ARTIKEL YANG SAMA