Shinzo Abe dikecam hebat

Shinzo Abe dikecam hebat

TOKYO, 16 Ogos (AFP) – Jepun meraikan ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia II dengan menerima kecaman hebat daripada China dan Korea Selatan berkait dengan ucapan Perdana Menteri Shinzo Abe.

Kedua-dua negara berkenaan berkata, Abe dalam ucapannya gagal memohon maaf terhadap pencerobohan Tokyo masa lalu.

Dalam perkembangan yang mungkin meningkatkan ketegangan, tiga anggota Kabinet Jepun melawat kuil kontroversi Yasukuni yang dianggap negara jirannya sebagai simbol penjajahan lampau Tokyo.

Upacara memperingati hari menyerah diri Jepun kepada pihak bersekutu pada 1945 diadakan sehari selepas Abe memberi ucapan yang menyatakan rasa kesalnya, tetapi tidak memohon maaf.

Para aktivis Korea Selatan memegang pelekat menunjukkan potret Shinzo Abe ketika perhimpunan sempena ulang tahun ke-70 penyerahan diri Jepun dalam Perang Dunia II di luar Kedutaan jepun di Seoul pada 16 Ogos 2015. – AFP
Para aktivis Korea Selatan memegang pelekat menunjukkan potret Shinzo Abe ketika perhimpunan sempena ulang tahun ke-70 penyerahan diri Jepun dalam Perang Dunia II di luar Kedutaan jepun di Seoul pada 16 Ogos 2015. – AFP

Beliau juga berkata, generasi masa depan negara itu tidak perlu memohon maaf berhubung rekod Jepun dalam Perang Dunia II.

Kenyataannya itu disambut baik Amerika Syarikat, tetapi dikecam oleh China dan Korea Selatan.

Beijing berkata, Jepun masih enggan menunjukkan rasa kesalnya secara ikhlas sementara Pyongyang menyifatkan ucapan Abe sebagai cubaan memalukan rakyat Korea Selatan.

ARTIKEL YANG SAMA