Shopee & Pos Malaysia lancar skim penghantaran percuma

Shopee & Pos Malaysia lancar skim penghantaran percuma

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Pasaran sosial aplikasi mudah alih pertama Shopee Malaysia bekerjasama dengan per-khidmatan penghantaran cepat utama negara, Pos Malaysia, untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma bagi usahawan dalam talian.

Dalam kenyataan bersama dengan Pos Malaysia hari ini, Shopee berkata menerusi program penghantaran percumanya, usahawan yang menggunakan platform Shopee tidak lagi perlu menanggung kos penghantaran.

“Program itu memberikan penjual subsidi terhad bagi penghantaran barangan ke Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sawarak,” kata Pos Malaysia. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA