Shweinsteiger terus tersisih

Shweinsteiger terus tersisih

LONDON, 13 Sept – Manchester United menilai Bastian Schweinsteiger sebagai perbelanjaan ‘perkara luar biasa’, dalam laporan kewangan kelab itu.

Situasi terbaru itu dijangka menyebabkan bekas pemain kebangsaan Jerman itu terus tersisih daripada pandangan pengurus United, Jose Mourinho.

Schweinsteiger, 32 menyertai United dari kelab Jerman, Bayern Munich sebelum permulaan musim lalu di bawah kendalian Louis van Gaal.

Dia gagal memikat bos baru, Mourinho dan peluangnya untuk membuat penampilan semula di bawah jurulatih kelahiran Portugal itu tampak samar selepas kelab itu menerbitkan akaun tahunan mereka, semalam.

Schweinsteiger ketika diraikan oleh rakan sepasukannya ketika beraksi buat kali terakhir dalam pasukan Jerman baru-baru ini. – AP
Schweinsteiger ketika diraikan oleh rakan sepasukannya ketika beraksi buat kali terakhir dalam pasukan Jerman baru-baru ini. – AP

Di bawah bahagian “perkara luar biasa” dalam laporan itu, turut disenaraikan sebanyak 6.7 juta pound “berkaitan dengan pendaftaran” yang dicaj sebagai kemerosotan berhubung pengurangan nilai oleh pemain yang tidak lagi dianggap anggota dalam skuad utama pasukan.

Laporan turut mendapati, United membayar pampasan berjumlah 8.4 juta pound kepada Van Gaal dan kakitangan kejurulatihannya selepas meninggalkan kelab itu pada Mei lalu.

Selain itu, laporan juga menunjukkan United muncul kelab Inggeris pertama menjana lebih daripada setengah bilion pound dalam tempoh setahun dengan pendapatan keseluruhan 515.3 juta pound pada tahun berakhir 30 Jun. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA