SIA, Emirates larang penggunaan Note 7

SIA, Emirates larang penggunaan Note 7

SINGAPURA, 11 Sept – Singapore Airlines (SIA) hari ini mengharamkan penggunaan telefon mudah alih Samsung Galaxy Note 7 dalam penerbangannya selepas beberapa unit telefon berkenaan dilaporkan meletup, kata syarikat penerbangan itu.

“Menghidupkan dan mengecas telefon mudah alih Samsung Galaxy Note 7 adalah dilarang dalam semua penerbangan kami,” kata SIA dalam satu kenyataan.

Manakala di Dubai, pihak berkuasa penerbangan di Emirates juga telah mengharamkan penggunaan Samsung Galaxy Note 7 pada semua syarikat penerbangan kebangsaannya oleh kerana risiko letupan bateri pada telefon pintar tersebut .

“Pihak Berkuasa Penerbangan Awam telah mengharamkan penggunaannya, mengecas dan membawa Samsung Note 7 dalam beg pada semua syarikat penerbangan negara,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi WAM semalam.

Gambar fail bertarikh 8 Sept 2016 menunjukkan telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 dipamerkan di ibu pejabat KT, Korea Selatan di Seoul. – AP
Gambar fail bertarikh 8 Sept 2016 menunjukkan telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 dipamerkan di ibu pejabat KT, Korea Selatan di Seoul. – AP

Qantas Australia, Virgin Australia dan Etihad yang berpangkalan di Abu Dhabi juga mengumumkan pengharaman yang sama.

Sementara itu Amerika Syarikat dan pihak berkuasa penerbangan Jepun menggesa penumpang untuk tidak menghidupkan atau mengecas telefon berskrin besar itu di dalam pesawat. Pengeluar telefon pintar, Korea Selatan minggu lalu menggantung jualan “phablet” dan menarik balik sejumlah 2.5 juta unit.

Pentadbiran Penerbangan Perse-kutuan Amerika Syarikat juga memberitahu penumpang untuk tidak menyimpan peranti berkenaan di dalam bagasi yang didaftar masuk. – AFP