SIA kawal Tiger Airways sepenuhnya

SIA kawal Tiger Airways sepenuhnya

SINGAPURA, 4 Mac (dpa) – Singapore Airlines (SIA) sedang dalam perancangan untuk mengambil alih sepenuhnya penerbangan tambang murah Tiger Airways, ketika ia menawarkan saham selebihnya yang ditutup hari ini, lapor akhbar tempatan.

SIA berhasrat untuk membatalkan dan menswastakan pengangkutan tambang murah itu, lapor Channel News Asia.

Penerbangan kebangsaan Singapura pertama kali melancarkan bidaan pengambilalihannya pada November, apabila ia memiliki 55.8 peratus sahamnya dalam Tiger Airways.

Goh Choon Phong ketika bercakap pada satu majlis bagi menerima penghantaran pertama sebanyak 67 buah pesawat Airbus A350-900 di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 3 Mac. – Reuters
Goh Choon Phong ketika bercakap pada satu majlis bagi menerima penghantaran pertama sebanyak 67 buah pesawat Airbus A350-900 di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 3 Mac. – Reuters

Pada awal Februari, sahamnya telah meningkat kepada 90 peratus, dan pada penghujung bulan ia telah mencapai pada paras yang mana ia boleh melaksanakan pemilikan wajib ke atas lebihan saham Tiger Airways, lapor Channel NewsAsia.

“Dengan pemilikan sepenuhnya Tiger Airways, kami akan dapat sepenuhnya berintegrasi dalam Kumpulan SIA, memperkukuhkan prospek pertumbuhan masa depan Tiger Airways,” kata ketua eksekutif SIA, Goh Choon Phong dilaporkan sebagai berkata. Asia memiliki sektor penerbangan yang paling pantas berkembang di dunia, dengan armada pesawat penerbangan komersial telah berganda pada dekad lalu.

ARTIKEL YANG SAMA