Siapa Bakal PM Canada, Harper, Trudeau atau Mulcair?

Siapa Bakal PM Canada, Harper, Trudeau atau Mulcair?

OTTAWA, 16 Okt (AFP) – Warga Canada perlu memilih Perdana Menteri mereka Isnin depan daripada tiga pemimpin parti utama.

Stephen Harper merupakan seorang ahli ekonomi dan lebih banyak berada di rumah melayari teori ekonomi daripada bergaul dengan pengundi-pengundi semasa kempen. Beliau berbeza dengan Thomas Mulcair, seorang pemidato yang berkarisma dan seorang peguam, dan kelihatan lebih muda daripada Justin Trudeau.

Harper mencari mandat keempat sejak 2006, manakala jika kemenangan berpihak kepada Mulcair, ia akan membawa kepada kerajaan Demokratik baru yang pertama di Kanada.

Sementara jika Kemenangan berpihak kepada Justin Trudeau pula, iaitu anak bekas Perdana Menteri Pierre Trudeau, ia akan menandakan kembalinya parti yang memerintah sebahagian besar abad yang lalu, walau bagaimapun sejak undian terakhir pada tahun 2011, ia mendapat undian yang sedikit merosot dan berada di tempat ketiga.