Siapa lebih awal cecah AS$100 juta?

Siapa lebih awal cecah AS$100 juta?

PARIS, 27 Dis – Novak Djokovic dan Roger Federer kini sedang mengejar untuk menjadi pemain tenis lelaki pertama untuk mencapai kutipan wang kejohanan AS$100 juta bagi musim 2016.

Tidak ada seorang pemain pun dalam sejarah sukan itu mencecah jumlah itu, namun pemain nombor satu dunia Djokovic dan Federer, nombor tiga, patut mencapai jumlah itu tahun depan.

Djokovic, 28, sekarang mempunyai kutipan wang kejohanan kira-kira AS$94 juta sementara Federer, pemain senior Djokovic enam tahun, mempunyai AS$97.3 juta.

Dengan hadiah pemenang sebanyak AS$3.85 juta untuk Terbuka Australia Januari depan, kejohanan utama pertama musim, Federer mungkin akan menjadi pemain lelaki pertama untuk mencapai jumlah itu jika dia berjaya memenanginya.

Ganjaran-ganjaran yang mengejutkan buat pemain moden, semuanya dirangsang melalui penajaan dan sokongan di luar gelanggang, melebihi dari apa yang bintang era sebelumnya peroleh.

Di antara Novak Djokovic dan Roger Federer, siapakah dahulu yang akan mencecah wang pungutan kejohanan sebanyak AS$100 juta? – Reuters
Di antara Novak Djokovic dan Roger Federer, siapakah dahulu yang akan mencecah wang pungutan kejohanan sebanyak AS$100 juta? – Reuters

Rod Laver, pemain lelaki terakhir untuk melengkapkan kalendar Grand Slam mengakhiri kerjayanya dengan hanya AS$1.5 juta, yang boleh dinilai banyak mengikuti standard tahun 1960an.

John McEnroe memperoleh AS$12.5 juta sementara wira Federer, Pete Sampras mendapat AS$43 juta sebelum bersara pada 2002.

Djokovic mencatat rekod kutipan wang ganjaran terbanyak pada musim ini iaitu AS$21.5 juta, tahun di mana dia telah memenangi tiga daripada empat kejohanan utama, yang membawa kepada 10 gelaran utama semuanya.

“Musim saya adalah yang terbaik dalam kerjaya saya dengan banyak kemuncak. Ia memberikan inspirasi kepada saya untuk meneruskan lagi, dan saya berharap untuk bermain dengan tahap ini pada 2016,” kata Djokovic.

Walaupun mendominasi dalam sukannya, Djokovic perlu mengejar beberapa perkara lagi jika ingin menyaingi kekayaan peribadi keseluruhan Federer.

Menurut senarai kekayaan Forbes, Federer merupakan atlet kelima berpendapatan tinggi 2015, hasil daripada endorsan sebanyak AS$58 juta.

Djokovic di tangga ke-13, kekayaannya dalam gelanggang dirangsang kepada AS$31 juta daripada kekayaan komersial. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA