Siapa pemain terbaik Eropah?

Siapa pemain terbaik Eropah?

LONDON, 19 Julai – Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sekali lagi akan membuat perhitungan bagi merebut anugerah pemain terbaik Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Wartawan daripada 55 ahli gabungan UEFA diminta untuk menjalankan undian bagi memilih lima pemain pilihan mereka untuk dinobatkan sebagai pemain terbaik benua itu musim lalu.

Bintang sensasi Barcelona, Messi yang merangkul anugerah itu tahun lalu kini memburu gelaran ketiga selepas turut memenanginya pada 2011 manakala musuh utamanya, Ronaldo yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Liga Juara-Juara dan Euro 2016 turut berada dalam senarai.

Ronaldo, Suarez dan Messi antara nama-nama dari La Liga yang tersenarai untuk anugerah Pemain Terbaik UEFA 2016. – AFP
Ronaldo, Suarez dan Messi antara nama-nama dari La Liga yang tersenarai untuk anugerah Pemain Terbaik UEFA 2016. – AFP

Rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid, Gareth Bale, Toni Kross dan Pepe turut berada dalam 10 pemain yang disenarai pendek.

Sementara itu, rakan sepasukan Messi di Barcelona, Luis Suarez turut disenaraikan selepas menjaringkan 40 gol untuk kelab itu dan membantu menjadi juara Liga Sepanyol. – AP

ARTIKEL YANG SAMA