Siaran Piala Dunia 2018 diawalkan

Siaran Piala Dunia 2018 diawalkan

ZURICH, 4 Dis (Agensi) – Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menetapkan waktu sepak mula pusingan akhir Piala Dunia 2018 akan diawalkan berbanding edisi terdahulu.

FIFA dalam kenyataannya berkata, perlawanan akhir di Stadium Luzhniki di Moscow pada 15 Julai 2018 akan bermula pada jam 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu BSB). Begitu juga dengan sepak mula aksi pembukaan pada 14 Jun. Bagi perlawanan separuh akhir, ia akan dilangsungkan pada jam 9 malam (2 pagi waktu BSB).

Tahun lalu ketika saingan dilangsungkan di Rio de Janeiro, Brazil, perlawanan dilangsungkan pada jam 4 petang waktu tempatan (2 pagi waktu BSB).

Pada saingan di Johannesburg, Afrika Selatan pada 2010, perlawanan dilangsungkan pada jam 8:30 malam waktu tempatan (2 pagi waktu BSB).

Edisi terakhir perlawanan tanpa mengikut waktu perdana di Eropah adalah ketika edisi 2002 di Tokyo, Jepun.

ARTIKEL YANG SAMA