Siasat ‘jenayah kemanusiaan’ di Habsyah – PBB

Siasat ‘jenayah kemanusiaan’ di Habsyah – PBB

GENEVA, 3 Julai (AFP) – Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam memutuskan untuk melanjutkan penyiasatan berhubung penganiayaan amat dahsyat di Habsyah, dan memperluaskannya yang termasuk kemungkinan ia membabitkan perbuatan jenayah ke atas kemanusiaan.

Empat puluh tujuh anggota badan itu sebulat suara bersetuju untuk melanjutkan setahun lagi bagi pelaksanaan tugas suruhanjaya penyiasatan khas mengenai situasi hak asasi manusia di negara Sumbu Afrika tersebut.