Siasat serangan hospital Afghanistan – Obama

Siasat serangan hospital Afghanistan – Obama

KABUL, 4 Okt (AFP) – Presiden Barack Obama menjanjikan penyiasatan penuh ke atas serangan udara AS ke atas sebuah hospital Afghanistan yang mengorbankan 9 orang, dalam kejadian yang menurut PBB boleh menyamai jenayah perang.

Doktor Tanpa Sempadan (MSF) berkata para pesakit mati terbakar di katil mereka ketika serangan pengeboman yang berterusan selama setengah jam selepas pihak berkuasa AS dan Afghanistan dimaklumkan hospital itu telah menjadi sasaran serangan.

“Dua belas orang anggota kakitangan, dan kira-kira tujuh orang pesakit, termasuklah tiga orang kanak-kanak, terbunuh; 37 orang tercedera,” menurut badan amal itu. “Serangan ini merupakan pencabulan serius ke atas undang-undang kemanusiaan antarabangsa.”

Serangan udara itu dilancarkan beberapa hari selepas para pejuang Taliban merampas kawalan ke atas bandar utara strategik, Kunduz, dalam kemenangan terbesar mereka sejak disingkirkan dari berkuasa oleh pasukan bersekutu diketuai oleh AS pada tahun 2001.

Pasukan tentera Afghanistan, yang dibantu oleh sekutu mereka, NATO, mendakwa telah bergelut merampas semula kawalan ke atas bandar itu.

Tetapi kementerian pertahanan di Kabul berkata ‘sekumpulan aktivis bersenjata’ menggunakan bangunan hospital itu sebagai kedudukan untuk menyasarkan pasukan dan orang awam Afghanistan’. MSF menafikan mana-mana pejuang berada di hospital itu.

ARTIKEL YANG SAMA