Siasatan beg udara penyebab kematian dilanjutkan

Siasatan beg udara penyebab kematian dilanjutkan

OTTAWA, 7 Ogos – Siasatan mengenai beg udara rosak yang bermula bulan lepas di Amerika Syarikat dilanjutkan sehingga Khamis selepas pihak berkuasa Kanada melancarkan siasatan berikutan berlakunya  kematian akibat daripada inflator yang pecah.

Kematian seorang pemandu di wilayah Atlantik pulau Newfoundland di Kanada telah dikaitkan dengan kegagalan beg udara pemandu yang dikeluarkan oleh ARC Automotive Inc, Pengangkutan Kanada berkata ketika mengumumkan siasatan.

Pemandu yang memandu  Hyundai Elantra 2009 itu maut apabila beg itu meletup.

Pengangkutan Kanada berkata dua kejadian telah berlaku sebelum ini di Amerika Syarikat yang melibatkan beg udara ARC yang dihasilkan di Knoxville, Tennessee.

Satu adalah pemandu Chrysler Town and Country 2002 dan satu lagi dalam kereta model KIA Optima 2004. Kedua-dunya menyebabkan kecederaan yang serius.

Agensi itu berkata ia sedang berkomunikasi dengan Pentadbiran Keselamatan Highway Traffic Negara (NHTSA), yang menyiasat kes Amerika Syarikat itu.

NHTSA berkata apabila ia membuka siasatan bulan lalu, beg udara telah pun dipasang di 500,000 kenderaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA