Siasatan jenayah perang Sri Lanka perlu adil

Siasatan jenayah perang Sri Lanka perlu adil

COLOMBO, 10 Feb – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak akan memaksa Sri Lanka untuk menerima peranan hakim antarabangsa dalam menyiasat jenayah perang yang mungkin berlaku ketika pemberontakan Tamil 26 tahun tetapi mana-mana proses mesti dilakukan sevara adil dan bebas, kata ketua hak asasi manusia PBB semalam.

Pesuruhjaya Zeid Ra’ad Al Hussein, mengakhiri lawatan empat hari ke Sri Lanka untuk menilai siasatan, memuji usaha yang dilakukan oleh kerajaan Presiden Maithripala Sirisena tetapi berkata banyak yang masih perlu dilakukan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata tentera Sri Lanka dan pemberontak Harimau Tamil mungkin telah melakukan jenayah perang ketika peperangan, yang berakhir dengan kemenangan tentera pada 2009.

Satu resolusi PBB menggesa kesemua jenayah perang disiasat dan dibicarakan di mahkamah khas oleh hakim antarabangsa. Lawatan Zeid disusuli oleh komen oleh Sirisena bahawa penyertaan asing tidak diperlukan untuk satu siasatan yang adil.

“Kami tidak memaksa apa-apa ke atas kerajaan Sri Lanka,” beritahu Zeid kepada Reuters. “Presiden telah menyatakan pilihannya, dasarnya. Kami telah menyatakan pilihan kami.”

Zeid Ra’ad Al Hussein (kiri) berjabat tangan dengan Ranil Wickremesinghe semasa pertemuan mereka di Colombo. – Reuters
Zeid Ra’ad Al Hussein (kiri) berjabat tangan dengan Ranil Wickremesinghe semasa pertemuan mereka di Colombo. – Reuters

Kebanyakan rakyat Sri Lanka menentang penglibatan asing dan penyokong bekas Presiden Mahinda Rajapaksa percaya resolusi PBB bertujuan menghukum tentera dengan tidak adil.

Rajapaksa menolak tekanan antarabangsa untuk siasatan jenayah perang PBB dan parti politik utama serta pemimpin Buddha masih menentang sebarang penglibatan luar.

Zeid berkata badan hak asasi manusia PBB percaya mangsa tidak akan mempunyai keyakinan dalam mekanisme nasional kerana mereka yang dibicarakan sebelumnya telah mengecewakan mereka. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA