Siasatan rasmi bermula ke atas Diack

Siasatan rasmi bermula ke atas Diack

PARIS, 5 Nov (Agensi) – Lamine Diack, bekas ketua pertubuhan atletik dunia (IAAF), diletakkan di bawah siasatan rasmi di Perancis kerana disyaki melakukan korupsi dan pembersihan wang haram berikutan aduan daripada Agensi Anti Dadah Dunia (WADA).

Penyiasatan tersebut, yang disahkan oleh pejabat pendakwa kewangan Perancis semalam, dibuat apabila imej badan induk sukan dunia itu berada di bawah pengawasan serius. Terdapat penyiasatan skala besar ke atas FIFA sementara atletik berjuang dengan hubungan awam dalam menentang isu doping yang berterusan.

Menurut saluran berita Perancis iTELE, penyiasatan menumpukan ke atas pembayaran yang dibuat sebagai balasan kerana tidak mendedahkan pengambilan dadah yang meluas di kalangan para atlet Rusia.

Pejabat pendakwa tidak mengesahkannya tetapi berkata penyiasatannya bermula apabila WADA mengarahkannya untuk “bertindak terhadap rasuah dan pembersihan yang melibatkan ahli-ahli Persekutuan Atletik Antarabangsa (IAAF)”.

Gambar fail bertarikh 19 Ogos 2015 menunjukkan Lamine Diack ketika berucap bersebelahan dengan presiden IAAF yang baru dipilih Sebastian Coe di Kongres IAAF di Beijing. – Agensi
Gambar fail bertarikh 19 Ogos 2015 menunjukkan Lamine Diack ketika berucap bersebelahan dengan presiden IAAF yang baru dipilih Sebastian Coe di Kongres IAAF di Beijing. – Agensi

WADA berkata ia mengadakan sidang media semalam untuk menangani pencarian tertentu terhadap penyiasatannya sendiri dan menambah dalam kenyataan: “Penyiasatan (Perancis) ini adalah dari maklumat yang diserahkan oleh Suruhanjaya Bebas WADA (IC) kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Sidang media tidak akan melibatkan “perkara-perkara yang sekarang berada di bawah penyiasatan polis, yang dijangka akan diperoleh sebelum akhir tahun,: kata WADA dalam satu kenyataan.

Pengerusi suruhanjaya, Richard Pound akan membentangkan pencarian laporan suruhanjaya sekitar dakwaan yang dibangkitkan ketika dokumentari badan penyiaran Jerman ARD pada Disember 2014 mengenai doping di Rusia.

WADA melancarkan suruhanjaya pada Disember lalu “untuk menyiasat kesahihan dakwaan amalan pengambilan dadah; amalan rasuah sekitar kumpulan dan keputusan pengurusan: dan, yang lain proses pentadbiran anti dadah yang tidak berkesan yang membabitkan Rusia, IAAF, para atlet, jurulatih, pelatih, doktor dan ahli-ahli penaung atlet; begitu juga makmal yang berpangkalan di Moscow dan Agensi Anti Dadah Rusia,” kata WADA dalam kenyataan itu.

ARTIKEL YANG SAMA