Siasatan susulan terhadap pembunuhan puak Yazidi di Iraq

Siasatan susulan terhadap pembunuhan puak Yazidi di Iraq

BERLIN, 21 Okt – Sebuah kumpulan yang mendokumenkan jenayah perang Nazi kini sedang menyiasat sama ada pembunuhan yang dilakukan oleh pengikut jihad Negara Islam (IS) ke atas penduduk minoriti Yazidi di Iraq adalah bersamaan dengan penghapusan kaum.

Tiga penyelidik Eropah telah memulakan tugas besar untuk menentukan jenayah yang dilakukan oleh IS yang bertujuan menghapus satu kumpulan etnik, dalam usaha untuk mendesak komuniti antarabangsa untuk menghentikan jenayah kejam tersebut.

Penduduk Yazidi bukan tergolong dalam warga Arab mahupun Islam dan mempunyai kepercayaan unik yang dianggap oleh IS sebagai menyeleweng dan kepercayaan kepada lebih satu tuhan. Penduduk minoriti itu kebanyakannya berpangkalan di gunung Sinjar di utara Iraq.

Apabila pejuang jihad melancarkan serangan mendadak pada Ogos tahun lalu di sebahagian daripada kawasan utara Iraq yang diletak dibawah kawalan Kurdish, penduduk Yazidi menerima kesan paling buruk, dengan kebanyakan mereka dibunuh dan diculik.

Sebuah persatuan yang mengumpul bukti pembunuhan penduduk Yahudi dan Roma oleh Nazi di bekas kawasan Soviet telah berkunjung untuk mengumpul bukti di sebuah kem pelarian Kurdish 20 kilometer dari barisan depan di mana pertempuran telah meletus dengan militan IS.

Sejak Ogos, mereka telah merakam 50 temu bual dengan lelaki, wanita dan kanak-kanak Yazidi yang berjaya melarikan diri daripada ancaman IS.

Sementara kisah saksi boleh digunakan untuk menyokong prosiding undang-undang sah, matlamat pertama kami adalah untuk menghentikan jenayah ini, kata Umansky. – AFP