Sibu dikenal pasti ‘hotspot’ kes denggi

Sibu dikenal pasti ‘hotspot’ kes denggi

KUCHING, 17 Julai – Sarawak mencatat sebanyak 1,263 kes demam denggi sehingga 11 Julai tahun ini, dengan bandar Sibu dikenal pasti sebagai kawasan panas atau ‘hotspot’ wabak tersebut.

Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak Datuk Dr Jerip Susil berkata dari 1 Januari hingga 11 Julai tahun ini, terdapat 15 kes dilaporkan di Sibu, Kuching (3), Miri (2), Lubok Antu (2) dan masing-masing satu kes di Sri Aman, Lundu, Kanowit, Bintulu dan Marudi.

“Namun, kita bernasib baik kerana tiada kes kematian tahun ini kerana kesemua kes itu demam denggi biasa,” kata Dr Jerip ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari Jumaat.

Beliau berkata Sibu kekal sebagai kawasan panas kes denggi di Sarawak, manakala di Kuching, kes dilaporkan di sepanjang kawasan Batu 6 dan 7. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA