Sidang Arkitek diadakan Feb ini

Sidang Arkitek diadakan Feb ini

KATHMANDU, Nepal, 31 Jan – Persatuan Arkitek Nepal (SONA) akan menganjur persidangan serantau ke-14 Persatuan Asia Selatan untuk Kerjasama Arkitek Serantau (SAARCH) di Kathmandu pada minggu pertama Februari.

Nepal akan mengambil alih sebagai pengerusi SAARCH dari sidang itu, kata penganjur.

Arkitek senior yang mewakili badan arkitek nasional daripada negara anggota Perdatuan Asia Selatan untuk Kerjasama Serantau (SAARC) kecuali Afghanistan akan mengambil bahagian dalam persidangan serantau, kata arkitek dan pengerusi SONA Kishore Thapa.

SAARC telah mengiktiraf SAARCH sebagai badan yang diiktiraf oleh SAARC yang dianggotai Nepal, India, Bhutan, Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka, Maldives dan Afghanistan serta sembilan negara pemerhati. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA