Sidang EU tekan perjanjian penghijrah Turki

Sidang EU tekan perjanjian penghijrah Turki

BRUSSELS, 17 Mac (AFP) – Para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) memulakan sidang mesyuarat rumit hari ini untuk menggesa bagi perjanjian penting dengan Turki untuk membendung krisis penghijrahan besar di benua itu di sebalik ancaman Cyprus akan membenamkan perjanjian itu.

Rancangan yang dicadangkan oleh Ankara minggu lalu kepada Eropah yang berbahagi dan terdesak, menerima pujian dari Canselor Jerman Angela Merkel semalam sebagai peluang pertama sebenar’ untuk menamatkan kemasukan orang pelarian dan penghijrah. Tetapi cadangan hebat itu, yang mana Turki akan menerima balik kesemua pencari suaka yang tiba di Greece yang telah menjadi krisis penghijrah terbesar Eropah sejak Perang Dunia II, berdepan dengan kritikan teruk di beberapa sudut.

Presiden Majlis Eropah Donald Tusk – yang akan mempengerusikan sidang mesyuarat 28 pemimpin EU hari ini sebelum mereka disertai oleh Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu esok, berkata usaha keras menanti di hadapan.

“Usaha sedang dilaksanakan tetapi masih banyak yang perlu dilakukan,” Tusk berkata dalam surat jemputannya kepada para pemimpin. “Senarai isu yang akan diselesaikan sebelum kita boleh memuktamadkan perjanjian adalah panjang.” Ketua Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker sementara itu berkata di Twitter bahawa dia ‘dengan optimis dengan berhati-hati bahawa kita akan memuktamadkan perjanjian dengan Turki,’ ketika dia mengadakan rundingan dengan Cyprus sebelum sidang mesyuarat.

Sidang mesyuarat diadakan ketika PBB mengatakan ketibaan para penghijrah di Greece sahaja telah berjumlah sejuta orang sejak Januari 2015, dengan mengambil kira kebanyakan 1.2 juta orang yang memohon suaka di EU tahun lalu apabila mereka lari dari peperangan di Syria, Iraq, Afghanistan dan tempat lain.