Sidang kemanusiaan pertama di Istanbul

Sidang kemanusiaan pertama di Istanbul

ISTANBUL, 23 Mei (AFP) – Para pemimpin dunia dan kumpulan-kumpulan bantuan mengadakan pertemuan di Istanbul hari ini bagi sidang mesyuarat kemanusiaan yang disokong PBB buat julung kalinya dalam usaha untuk mengubah respons dunia kepada krisis-krisis yang dicetuskan oleh konflik dan perubahan iklim.

Lebih 60 ketua negara dan kerajaan berhimpun bagi sidang mesyuarat dua hari yang diadakan oleh Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon akan terpaksa mengatasi kecurigaan besar bahawa rundingan itu akan bertukar menjadi yang berniat baik namun tidak membuahkan hasil.

Dengan kira-kira 60 juta orang berpindah tempat di seluruh dunia dan kira-kira 125 juta perlukan bantuan dan perlindungan, semua peserta menyetujui perlunya bagi tindakan lebih segera daripada sebelumnya. Presiden negara tuan rumah, iaitu Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan juga ingin menggunakan mesyuarat itu untuk menekankan sumbangan negara beliau, yang menerima 2.7 juta orang pelarian dari konflik Syria.

Para pegawai PBB berkata sebelum rundingan, bahawa sidang mesyuarat ini memberikan peluang yang tidak pernah ada sebelum ini untuk mencari pendekatan baru kepada krisis-krisis dengan menangani punca akar umbi konflik daripada hanya menangani keadaan berdarah selepasnya.

Di sebalik gambar latar belakang pelarian, pelakon mempersembahkan tarian semasa majlis pembukaan Sidang Kemuncak Kemanusiaan Dunia di Istanbul hari ini. – AP
Di sebalik gambar latar belakang pelarian, pelakon mempersembahkan tarian semasa majlis pembukaan Sidang Kemuncak Kemanusiaan Dunia di Istanbul hari ini. – AP

“Ini adalah peluang sekali dalam satu generasi, untuk menggerakkan agenda bersemangat dan meluas untuk mengubah cara yang kita kurangkan dan mencegah penderitaan mereka yang paling terdedah pada bahaya di dunia,” kata Penolong Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB Stephen O’Brien.

Timbalan Setiausaha Agung PBB Jan Eliasson mengulangi perlunya untuk menangani ‘punca akar umbi’ krisis yang datangnya dari konflik, dan juga perubahan iklim. Menurutnya, “Kita begitu banyak menghabiskan masa menangani punca-punca lewat konflik tetapi sangat sedikit menangani pencegahan.”

Eliasson berkata mesyuarat itu juga seharusnya menilai ‘gesaan kuat’ supaya undang-undang kemanusiaan antarabangsa dihormati, yang telah dengan teruk merosot dengan serangan-serangan ke atas sekolah dan hospital dalam konflik di Syria, Afghanistan dan Yaman.Mesyuarat ini adalah ekoran dari perancangan bertahun-tahun tetapi terdapat kritikan bahawa hasil sebenarnya tanpa keinginan tinggi.