Sidang STOM di Filipina

Sidang STOM di Filipina

MANILA, 26 April – Kira-kira 120 delegasi dan para pegawai kanan pengangkutan dari 10 negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan rakan-rakan dialog bersidang di sini, hari ini untuk membincangkan inisiatif yang akan seterusnya membaharui perhubungan pengangkutan di rantau itu.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Pengangkutan dan Komunikasi (DOTC) mengatakan Mesyuarat Para Pegawai Kanan Pengangkutan ke-41 (STOM) akan diadakan sehingga Khamis.

“Acara hari ini, itu juga membolehkan kami untuk memburu usaha bekerjasama selanjutnya dalam sektor pengangkutan yang akan membaharui perpaduan serantau dan menyediakan kehidupan berkualiti tinggi bagi seluruh rakyat,” kata Penolong Setiausaha DOTC bagi Perancangan, Sherielysse Bonifacio yang juga selaku pengerusi mesyuarat, dalam kenyataan semasa perasmiannya.

DOTC mengatakan sektor pengangkutan juga akan memulakan projek-projek dan program baru ketika ia menerima pakai Pelan Strategik Kuala Lumpur (KLTSP) 2016-2025, dokumen model baru yang menggariskan 30 matlamat khusus, 78 tindakan dan 221 mercu tanda dalam lima bidang pengangkutan, seperti udara, darat, maritim, kemudahan pengangkutan dan pengangkutan mapan, untuk memandu integrasi ekonomi ASEAN bermula 2016 hingga 2025.

Rakan-rakan dialog ASEAN bagi mesyuarat ini termasuk China, Kesatuan Eropah, Jepun, Korea Selatan dan Rusia, menurut jabatan itu.

STOM ke-41 itu juga membuka ruang kepada Suruhanjaya Sosial dan Ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik (UNESCAP) bagi kemungkinan kolaborasi antara ASEAN dan UNESCAP pada masa hadapan, tambahnya. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA