Siemens akan labur hampir 5 bilion euro

Siemens akan labur hampir 5 bilion euro

FRANKFURT, 8 Dis – Syarikat kejuruteraan gergasi Jerman, Siemens mengatakan hari ini, ia merancang untuk menambah perbelanjaan dalam penyelidikan dan pembangunan kira-kira lima bilion euro tahun depan dan akan membuka pusat penyelidikan baru di China.

“Pada 2016, Siemens akan melabur sekitar 4.8 bilion euro ($5.2 bilion) dalam penyelidikan dan pembangunan, kira-kira 300 juta euro lebih daripada fiskal tahun lepas,” kata Siemens dalam satu kenyataan.

Oleh itu, perbelanjaan R&D telah meningkat kira-kira 20 peratus sejak 2014, menurut kenyataan.

Sebagai sebahagian langkah untuk mengembangkan kolaborasi R&D dengan universiti-universiti teratas, Siemens mengatakan ia akan menubuhkan satu pusat penyelidikan baru di kampus Universiti Teknikal Munich yang akan ‘memfokuskan ke atas semuanya dari sekuriti IT sehingga kepada sistem autonomi’. – AFP