Siemens berpindah ke pejabat baru

Siemens berpindah ke pejabat baru

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Siemens Pte Ltd (Brunei) yang sudah lama bertapak di negara ini sejak 7 September 1988 kini telah berpindah ke pejabat baru yang terletak di No 7, Tingkat 2, Kompleks Suria Kiulap.

Dalam kenyataan yang diterima, Pengurus Negara bagi Siemens Brunei, Kamalijt Singh Gill menjelaskan bahawa dengan peningkatan dalam jumlah rakan kongsi tempatan di Brunei sejak tahun lalu, ia adalah keputusan yang sangat sesuai untuk memindahkan syarikat ini ke tempat yang baru.

Pejabat baru ini dilengkapi dengan stesen kerja tambahan dan juga kemudahan latihan untuk rakan kongsi dan pakar-pakar Siemens yang beribu pejabat di Jerman datang ke rantau ini.

Siemens mempunyai portfolio yang luas pada kedudukannya di sepanjang rantaian, menyediakan perkhidmatan daripada penjanaan kuasa, penghantaran dan pengagihan untuk penyelesaian grid pintar dan aplikasi yang cekap tenaga elektrik serta dalam bidang pengimejan perubatan an invitro diagnosis. Syarikat Siemens Brunei akan sentiasa mencari rakan kongsi tempatan yang bersesuaian untuk mewakili mereka dan produk mereka di negara ini.

Bangunan baru Siemens di Kiulap.
Bangunan baru Siemens di Kiulap.