Siemens kurangkan 4,500 pekerja

Siemens kurangkan 4,500 pekerja

BERLIN, 7 Mei (AFP) – Syarikat kejuruteraan Jerman Siemens berkata hari ini, ia akan mengurangkan 4,500 pekerja tambahan di seluruh dunia, selain daripada pembuangan 7,800 pekerja yang diumumkan pada Februari sebagai sebahagian daripada pelan penyusunan semula.

Kira-kira 2,200 daripada pembuangan pekerja terbaru akan dilakukan di Jerman, kata firma yang berpangkalan di Munich yang menggaji lebih daripada 300,000 orang pada keseluruhannya.

Ketua eksekutif Joe Kaeser melancarkan pelan penyusunan besar-besaran pada Mei 2014 bertujuan mengurangkan jumlah divisyen dan tahap hirarki dalam kumpulan industri pada tahun 2016.

Pelan penyusunan semula bertujuan menghasilkan simpanan sebanyak kira-kira satu billion euro dan merangsang keuntungan dengan menumpu pada divisyen tertentu, seperti tenaga, peralatan perubatan dan sistem digital untuk industri dan pengangkutan.

Seorang pekerja yang bekerja di rotor Turbin Gas AG Siemens di kilang pembinaan bersejarah Siemens di Berlin. – AFP
Seorang pekerja yang bekerja di rotor Turbin Gas AG Siemens di kilang pembinaan bersejarah Siemens di Berlin. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA