Siemens luas skop aktiviti di Sarawak

Siemens luas skop aktiviti di Sarawak

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Siemens Malaysia merancang meluaskan lagi skop aktiviti dan pelaburannya di Sarawak, de-ngan tumpuan khusus ke atas penjanaan tenaga berasaskan gas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Prakash Chandran berkata Sarawak menawarkan potensi besar, dan Siemens pula sudah bersedia untuk menjadi rakan teknologi pilihan.

Beliau berkata pelan pertumbuhan pesat yang dirancang untuk tahun-tahun akan datang, permintaan untuk te-naga cekap dan boleh dipercayai akan meningkat berganda-ganda.

“Selepas menguasai pasaran dalam penghantaran dan pengedaran tenaga di Sarawak, kami berminat untuk memberi tumpuan ke atas peluang-peluang penjanaan tenaga berasaskan gas, menangani keperluan khusus negeri menggunakan pelbagai teknologi gas turbin, yang dibangunkan untuk kecekapan dan kebolehpercayaan secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Bersama-sama dengan kerajaan Sarawak, kami akan merea-lisasikannya untuk masyarakat tempatan.

“Kami berada pada kedudukan yang baik di sepanjang rantaian nilai bekalan elektrik dengan kepakaran dalam automasi dan pendigitalan, mewujudkan nilai dan meningkatkan kecekapan untuk pelanggan kami,” kata Prakash.

Satu delegasi dari Siemens Malaysia Sdn Bhd mengunjungi Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini bagi memberikan gambaran keseluruhan operasi perniagaan Siemens, dan menyampaikan maklumat terkini aktiviti perniagaan semasa Siemens Malaysia di Sarawak.

Di Sarawak, Siemens Malaysia sudah bekerja rapat dengan syarikat utiliti milik kerajaan negeri, Sarawak Energy Bhd, dan berada di di pelbagai lokasi tenaga seperti Samalaju, Samajaya, Similaju, PMU Tanjung Manis.

Penyelesaian pengurusan bangunan Siemens juga boleh didapati di perkarangan kampus Universiti Kolej Teknologi Sa-rawak dan penyelesaian industri proses di kilang CMS Cement.

Siemens Malaysia juga mengumumkan rancangan untuk terus melabur dalam pembangunan pendidikan masyarakat setempat melalui projek berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), latihan vokasional bersepadu dan menambah peluang pekerjaan dan perniagaan. – Bernama