Siemens tingkat kerjasama dengan Brunei

Siemens tingkat kerjasama dengan Brunei

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Dean Kassim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Salah satu pendekatan untuk Siemens mencapai perkembangannya di Brunei adalah dengan membawa rakan kongsi perniagaan tempatan untuk menyediakan platform bagi pemindahan kemahiran dan juga hubungan tempatan dalam bidang tenaga, industri, infrastruktur dan penjagaan kesihatan.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Eksekutif Siemens Singapura, Dr Armin Bruck dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Rasmi Bahagian Teknologi Binaan Siemens di Brunei yang diadakan di Dewan Boomerang, Tingkat 1, Hotel Badi’ah, petang tadi.

“Kami akan memulakan di Brunei dengan menyediakan produk-produk dan solusi daripada dua segmen perniagaan iaitu Kawalan Produk dan Sistem Keselamatan Kebakaran,” jelasnya lagi.

Beliau juga berharap agar dapat bekerjasama dengan banyak pihak di negara ini dan berharap agar kerjasama bersama rakan kongsi turut berkembang dalam perniagaan dan untuk Negara Brunei Darussalam.

Antara penyampai taklimat semasa majlis yang diadakan.
Antara penyampai taklimat semasa majlis yang diadakan.

Pada majlis tersebut, taklimat ringkas mengenai latar belakang dua syarikat tempatan yang bekerjasama dengan Siemens telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Syarikat Functional Engineering Sdn Bhd, Awang Bakhtiar bin DP Haji Yahya, diikuti penerangan oleh Pengarah Pembangunan Perniagaan, Syarikat Allied Engineering Solutions, Vincent Chok.

Majlis juga diteruskan dengan penerangan mengenai Fire Protection Technology yang disampaikan oleh Edward P. Nainggolan yang antara lain menerangkan mengenai Keselamatan Kebakaran Komprehensif (Comprehensive Fire Safety) bagi memastikan orang ramai di bangunan memiliki suasana tempat kerja yang selamat dan menjadi aset agar perniagaan sentiasa dijaga.

Sementara itu, penerangan mengenai Building Automation System pula disampaikan oleh Tejas U.UDeshpande, Siemens yang antara lain memperkenalkan Intelligent/Smart Building Automation and Control Systems untuk meningkatkan penggunaan tenaga efisien, operational optimization dan life cycle excellence.

ARTIKEL YANG SAMA