Sierra Nevada akan membekal ke ISS

Sierra Nevada akan membekal ke ISS

WASHINGTON, 15 Jan (AFP)– NASA semalam membahagi kontrak berbilion dolar untuk membekal semula Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa di antara tiga firma AS: SpaceX, Orbital ATK dan pendatang baru, Sierra Nevada.

Setiap firma dikontrak untuk melancarkan sekurang-kurangnya enam penerbangan ke ISS di antara 2019 dan 2024, kata pegawai NASA.

“NASA telah menganugerah tiga kontrak kargo untuk memastikan sains kritikal, demonstrasi penyelidikan dan teknologi yang menghubungi perjalanan agensi ke Marikh disampaikan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dari tahun 2019 hingga 2024,” kata agensi angkasa lepas dalam satu kenyataan.

Jurutera dan juruteknik Sierra Nevada Corporation mempersiapkan Dreamchaser dalam ujian kenderaan dan kejuruteraan yang ditunda di laluan penerbangan Pusat Penyelidikan Penerbangan Dryden NASA di Palmdale California. – Reuters
Jurutera dan juruteknik Sierra Nevada Corporation mempersiapkan Dreamchaser dalam ujian kenderaan dan kejuruteraan yang ditunda di laluan penerbangan Pusat Penyelidikan Penerbangan Dryden NASA di Palmdale California. – Reuters

Kontrak pembekalan semula, bernilai kira-kira AS$14 bilion, juga termasuk pembiayaan persepaduan ISS, peralatan bantuan penerbangan, tugas khas dan kajian, kata NASA.

“Ia akan memastikan kami boleh mengekal ISS dibekal sepenuhnya untuk krew dan menggunakan ISS sebagai sebuah makmal,” kata pengurus program stesen angkasa lepas di NASA, Kirk Shireman.

SpaceX dan Sierra Nevada akan membuat pelancaran dari Cap Canaveral di Florida, sementara Orbital ATK kebanyakannya akan menggunakan pusat angkasa lepas Wallops Island di Virginia, di pantai timur AS.

ARTIKEL YANG SAMA