Sigurdsson bangga pencapaian Iceland

Sigurdsson bangga pencapaian Iceland

PARIS, 4 Julai – Gylfi Sigurdsson menegaskan Iceland masih boleh berbangga selepas melepasi jangkaan di Euro 2016 di sebalik kekecewaan susulan kekalahan 5-2 kepada Perancis.

Sigurdsson adalah seorang daripada bintang Iceland ketika mereka mengejutkan England 2-1 pada peringkat 16 terakhir sebelum membuat penampilan sulung di pentas suku akhir di Euro.

“Saya amat bangga. Ia sudah pun kejohanan yang menakjubkan, sesuatu yang istimewa bagi pasukan kecil seperti kami,” kata pemain kelab Swansea City itu.

“Kami berkemungkinan melebihi jangkaan. Ia sesuatu yang tiada siapa jangkakan untuk kami untuk lakukan, sesuatu yang bagus kerana ia memberikan kanak-kanak di negara kelahiran kami harapan yang perkara ini bukan mustahil dan berharap pada masa depan, kami akan berada di final.”

Sigurdsson percaya pemain-pemain Iceland kini boleh beraksi di pentas Piala Dunia buat pertama kali di Russia nanti biarpun bilangan penduduk negara itu hanya sekitar 330,000 orang.

“Kami mungkin memiliki 10 hingga 15 pemain yang berada di usia yang baik dan kami melihat ke depan bagi Kelayakan Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Masa depan pasti cerah buat Iceland dan kami boleh terus meningkat untuk beberapa tahun akan datang.” – AFP

Pemain pertahanan Iceland, Birkir Saevarsson (kiri) dan pemain tengah, Gylfi Sigurdsson ketika beraksi merebut bola dengan pemain Perancis, Dimitri Payet semasa perlawanan tersebut. Sigurdsson menegas-kan Iceland masih boleh berbangga selepas melepasi jangkaan di Euro 2016 di sebalik kekecewaan su-sulan kekalahan 5-2 kepada Perancis. - AFP
Pemain pertahanan Iceland, Birkir Saevarsson (kiri) dan pemain tengah, Gylfi Sigurdsson ketika beraksi merebut bola dengan pemain Perancis, Dimitri Payet semasa perlawanan tersebut. Sigurdsson menegas-kan Iceland masih boleh berbangga selepas melepasi jangkaan di Euro 2016 di sebalik kekecewaan su-sulan kekalahan 5-2 kepada Perancis. – AFP