Sigurdsson harap aksi Iceland dapat pikat EPL

Sigurdsson harap aksi Iceland dapat pikat EPL

REYKJAVIK, 7 Julai – Pemain tengah Iceland, Gylfi Sigurdsson mengharapkan persembahan pasukannya pada Euro 2016 mampu menarik lebih banyak kelab daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk mendapatkan khidmat rakan sepasukannya yang lain.

Sigurdsson mengikuti jejak langkah Eidur Gudjohnsen yang menjadi kebanggaan bola sepak Iceland yang menyaksikan dia menghabiskan enam tahun di Chelsea sebelum beraksi bersama Barcelona, Monaco, Tottenham, Stoke City dan Fulham.

Sigurdsson yang juga pemain tengah Swansea City itu membuktikan dirinya selaku wira di Stadium Liberty selepas kembali ke pasukan itu dari Tottenham.

Dengan kebolehan kedua-dua pemain yang membawa nama Iceland di EPL, Sigurdsson mengharapkan Euro 2016 mampu menjadi bukti betapa negara sekecil Iceland tetap mampu menghasilkan pemain bertaraf dunia.

Aksi Saevarsson (kiri) dan Sigurdsson ketika merebut bola dalam perlawanan menentang Perancis pada 3 Julai lalu.Sigurdsson mengharapkan persembahan pasukannya pada Euro 2016 mampu menarik lebih banyak kelab daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk mendapatkan khidmat rakan sepasukannya yang lain. - AFP
Aksi Saevarsson (kiri) dan Sigurdsson ketika merebut bola dalam perlawanan menentang Perancis pada 3 Julai lalu.Sigurdsson mengharapkan persembahan pasukannya pada Euro 2016 mampu menarik lebih banyak kelab daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk mendapatkan khidmat rakan sepasukannya yang lain. – AFP

“Semua pemain di sini mahu beraksi di EPL. Jadi ini adalah masa dan tempat yang tepat. Jika ada mana-mana pemain yang mahu mengambil peluang, jadi inilah masanya.

“Mereka pemain yang bagus dan memiliki personaliti yang baik. “Kami melalui empat minggu yang terbaik dan kini terpulang kepada pemain sama ada mahu merasai pengalaman ini sekali lagi.” – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA