Sihat dengan zumba

Sihat dengan zumba

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 22 Nov – Bagi para peminat sukan zumba khasnya dan penduduk Daerah Tutong amnya yang ingin mengikuti senaman zumba kini boleh mengikuti aktiviti sihat itu di Asy’Lin Fitness Studio yang terletak di Tutong Central Mall, di sini.

Asy’Lin Fitness Studio yang menyediakan senaman zumba dan spinning setiap hari kecuali hari Ahad sudah pun mendapat sambutan yang menggalakkan terutama bagi mereka yang tinggal di Daerah Tutong.

Sementara itu, tenaga pengajar senaman tersebut juga didatangkan dari studio kecergasan Daerah Brunei dan Muara, iaitu Jerry.

Salah seorang peminat senaman zumba, Dayang Lina binti Bakar mengatakan bahawa memang wajar daerah-daerah lain termasuk Daerah Tutong mempunyai studio-studio kecergasannya yang tersendiri.

Seramai 20 orang terdiri daripada peminat senaman zumba yang juga penduduk Daerah Tutong kelmarin mengikuti zumba yang diadakan di Asy’Lin Fitness Studio, Tutong Central Mall.
Seramai 20 orang terdiri daripada peminat senaman zumba yang juga penduduk Daerah Tutong kelmarin mengikuti zumba yang diadakan di Asy’Lin Fitness Studio, Tutong Central Mall.

Ini kerana semakin ramai masyarakat di negara ini terutama golongan kaum hawa berminat dengan aktiviti baru lagi menghiburkan. Menurutnya lagi, dengan adanya studio kecergasan ini, ia akan memudahkan lagi penduduk di daerah ini bergiat aktif dalam lingkungan kawasan di sini dengan tidak lagi perlu pergi jauh ke ibu negara.

Selain itu, ia juga menggalakkan masyarakat untuk menyokong perusahaan anak-anak tempatan dalam bidang baru seperti mewujudkan pusat kecerdasan ini.

“Alhamdulillah, kami selaku wakil penduduk Daerah Tutong dan juga peminat senaman zumba kini sangat berpuas hati kerana Asy’Lin Fitness Studio dapat mengadakan senaman zumba buat penduduk di sini sama seperti studio kecergasan yang terdapat di ibu negara,” jelas Dayang Lina lagi.

ARTIKEL YANG SAMA