Sikap Rusia dibidas

Sikap Rusia dibidas

PARIS, 14 Jun (AFP) – Menteri Sukan Perancis, Patrick Kanner (gambar) berkata Rusia seharusnya sudah melakukan sesuatu bagi menyekat samseng bola sepaknya ke Kejohanan Bola Sepak Eropah atau Euro 2016.

“Ia satu kekesalan kerana kurangnya kerjasama,” kata Kanner. “Pihak berkuasa Rusia seharusnya tidak membenarkan rakyat mereka yang sebegini ke sini dan mereka harus melakukan sesuatu.”

Mengulas lanjut, susulan kekacauan di Marseille antara penyokong Rusia dan Inggeris, Kanneri berkata: “Terdapat antara 50 hingga 200 samseng bola sepak Rusia yang harus dikenakan tindakan.”

Selepas insiden berkenaan, ketua operasi polis Britain bagi Euro 2016 mendedahkan penyokong bola sepak Rusia menyerang penyokong England dengan memakai perisai, sarung tangan serta pisau. Penolong ketua konstabel, Mark Roberts menyifatkan kekecohan di Marseille, Perancis itu sebagai kejadian paling serius sepanjang 10 tahun penyiasatannya terhadap masalah keganasan bola sepak.

pg20_160615_d

UEFA-Euro-2016-Logo

Roberts mengakui ‘sebilangan’ penyokong England turut mencetuskan masalah namun ‘dalang masalah’ dari Rusia didapati lebih ramai berbanding kelompok penyokong England.

“Risikan kami di Marseille melihat mereka memakai perisai dan sarung tangan serta bandana (skaf) sebelum menyerang penyokong England di pelabuhan terbabit,” kata Roberts yang dipetik dalam akhbar Guardian.

“Kami mengetahui mereka membawa pisau memandangkan seorang penyokong England didapati ditikam. Mereka memakai pakaian seragam berwarna hitam dan kebanyakannya membawa beg kecil dipercayai untuk menyimpan senjata.

“Mereka amat tersusun ketika memulakan serangan dan masuk untuk bersemuka penyokong England mahupun sesiapa saja yang cuba menghalang mereka.

ARTIKEL YANG SAMA