Sikh akui tuduhan gangguan seksual

Sikh akui tuduhan gangguan seksual

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Julai – Seorang lelaki Sikh India yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan gangguan seksual terhadap rakan sekerjanya yang berusia 23 tahun.

Harpal Singh didakwa melakukan gangguan seksual itu di Asmin Enterprise, Jalan Bunga Kuning, Seria sekitar jam 5 petang pada 8 Jun 2015 dengan menyentuh bahagian belakang mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Majistret Kanan Pengiran Masni binti Pengiran Bahar menetapkan 9 Julai untuk menjatuhkan hukuman.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hajah Zuraidah binti Dato Paduka Haji Sidek.