Silap kunci kebangkitan Barca

Silap kunci kebangkitan Barca

MOENCHENGLADBACH, Jerman, 29 Sept – Gerard Pique berkata sedikit kesilapan pada separuh masa kedua adalah kunci kepada kebangkitan 2-1 Barcelona di Borussia Moenchengladbach semalam ketika mereka membuktikan mereka boleh memenangi Liga Juara-Juara tanpa Lionel Messi yang mengalami kecederaan.

Thorgan Hazard, adik kepada pemain midfield Chelsea Eden, meletakkan pendahuluan Gladbach pada separuh masa pertama di Borussia Park.

Tetapi jaringan pada 25 minit terakhir dari Arda Turan dan Gerard Pique, membolehkan Barcelona memenangi perlawanan kedua Kumpulan C selepas membenam Celtic 7-0 di Camp Nou dua minggu lalu.

“Mereka menjaringkan satu-satunya peluang yang mereka ada pada separuh masa pertama, tetapi perlawanan tersebut adalah 90 minit dan mereka meletakkan usaha besar,” kata Pique penjaring gol kemenangan. “Mereka tidak memiliki kaki yang sama pada separuh masa kedua dan kami melakukan sedikit kesilapan di bahagian midfield.

Pique (kiri) meraikan jaringan bersama Suarez dan Sergio Basquet (kanan) semasa menentang Moenchengladbach di Borrusia Park, kelmarin. – AFP
Pique (kiri) meraikan jaringan bersama Suarez dan Sergio Basquet (kanan) semasa menentang Moenchengladbach di Borrusia Park, kelmarin. – AFP

“Kehilangan penguasaan dan mereka kurang berlari, mereka memilii serangan mengejut dan ia adalah sukar bagi mereka. Pada keseluruhannya, saya rasa kami adalah lebih baik dan ia keputusan yang layak diterima.”

Barca kembali bangkit apabila Neymar mengejutkan pengawalnya untuk membuat hantaran ke atas pemain pertahanan Gladbach dan Turan meluru mendapatkan bola sebelum melepaskan rembatannya pada minit ke 65.

Jaringan kemenangan itu hadir hanya sembilan minit kemudian. Sepakan sudut Neymar melantun ke arah laluan Suarez, yang tidak dikawal dalam kawasan itu.

Dia meledakkan rembatan kencang yang dihadang oleh penjaga gol Yann Sommer, tetapi Pique bersedia untuk menjaringkan gol dari bola liar menerusi jarak dekat.

“Ia kedudukan menarik, saya bersedia untuk menghalang dan saya mendapatkan bola yang melantun. Saya melihat penjaga gol sedikit tidak pasti dan saya dapat menjaringkan gol,” jelas Pique. – AFP