Silap sasaran, 14 tentera Afghan maut

Silap sasaran, 14 tentera Afghan maut

PUL-E-ALAM, Afghanistan, 20 Julai – Sekurang-kurangnya 14 anggota tentera Afghanistan terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat pada awal hari ini di tempat pemeriksaan tentera di wilayah selatan Kabul, menurut pegawai.

“Pada pukul 6:00 pagi hari ini, dua helikopter AS ‘tersalah sasaran’ menyerang sebuah tempat pemeriksaan di daerah Baraki Barak wilayah Logar,” beritahu gabenor daerah, Mohammad Rahim Amin kepada AFP.

“Tempat pemeriksaan terbakar dan 14 anggota tentera Afghan terbunuh,” tambah beliau.

Seorang pegawai tentera Amerika berkata beliau “sedar mengenai satu kejadian yang membabitkan tentera AS di wilayah Logar pada pagi ini.”

“Kejadian ini masih dalam siasatan,” tambahnya.

Anggota tentera Afghanistan meronda di kawasan berlakunya serangan udara AS yang mengorbankan sekurang-kurangnya 14 anggota tentera negara tersebut. - AFP
Anggota tentera Afghanistan meronda di kawasan berlakunya serangan udara AS yang mengorbankan sekurang-kurangnya 14 anggota tentera negara tersebut. – AFP

Din Mohammad Darwesh, jurucakap gabenor wilayah Logar, mengesahkan serangan dan memberikan jumlah kematian yang sama.

Amin berkata tempat pemeriksaan yang disasarkan “bukan satu kawasan yang disyaki.”

“Bendera Afghan sedang berkibar di tempat pemeriksaan di Baraki Barak apabila tentera Amerika melancarkan serangan mereka,” kata beliau.

Kematian orang awam dalam serangan udara telah menjadi salah satu isu profil paling tinggi dalam perang Afghan 13 tahun.

Satu serangan udara NATO pada Disember membunuh lima orang awam dan mencedera enam yang lain di daerah Baraki Barak yang sama.

NATO menamatkan misi pertempurannya di Afghanistan pada Disember, meninggalkan tentera tempatan untuk bertempur dengan Taliban, tetapi saki-baki tentera masih tinggal untuk latihan dan operasi memerangi keganasan. – AFP