Silinder gas ditemui dalam kereta di Paris

Silinder gas ditemui dalam kereta di Paris

PARIS, 8 Sept – Polis Perancis menahan dua suspek semalam selepas silinder gas ditemui dalam sebuah kereta berhampiran gereja terkenal ibu kota itu, Notre Dame, kata sumber rapat dengan siasatan.

Kereta Peugeot 607 ditemui ditinggalkan dengan lampu dinyalakan pada hujung minggu lalu di bahagian bandar itu yang penuh sesak dengan pelancong, kata sumber. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA