Siling runtuh, penumpang cedera ringan

Siling runtuh, penumpang cedera ringan

MANILA, 28 Jan – Sebahagian siling yang runtuh di lapangan terbang terbesar Filipina hari ini telah mengakibatkan seorang penumpang asing mengalami kecederaan ringan, terbaru dalam siri-siri kejadian di lapangan terbang itu yang dianggap sebagai antara paling teruk di dunia.

Kejadian itu yang berlaku di sebuah restoran di Terminal 3 lapangan terbang Manila telah mengakibatkan ‘sedikit calar’ yang dialami oleh penumpang asing lelaki, menurut jurucakap lapangan terbang David de Castro.

Dia telah menerima rawatan tetapi mendesak menaiki penerbangan ke Jepun beberapa jam kemudian, de Castro memberitahu AFP, dengan enggan memberikan maklumat lebih banyak lagi tentang penumpang itu.

De Castro berkata kejadian runtuh itu tidak melibatkan siling konkrit bangunan tetapi permukaannya yang mana padanya restoran itu telah memasang lampu atas. “

“Mereka dibenarkan membuat pembinaan sendiri di dalam restoran ini,” ujarnya dengan menambah kata pihak berkuasa lapangan terbang akan menyiasat jika bahan-bahan yang telah digunakan itu tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.– AFP

ARTIKEL YANG SAMA