Silveredz ikat 16 pemain

Silveredz ikat 16 pemain

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 April – Silveredz FT telah menandatangani 16 orang pemain untuk mewakilinya dalam Liga Perdana Futsal Brunei 2016 anjuran NFABD. Majlis penandatanganan kontrak pemain di Restoran Bamboo Garden, Serusop berkenaan telah turut diselajurkan dengan penyerahan baju rasmi edisi pertama Silveredz FT.

Menandatangani bagi pihak Silveredz FT dan kemudiannya menyempurnakan penyampaian baju kepada para pegawai dan pemain yang telah menandatangani kontrak bersama Silveredz FT ialah Pengurus Silveredz FT, Awang Matasan bin Haji Kula.

Silveredz FT di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Awang Jefri bin Haji Jamudin akan bersaing dengan sembilan lagi pasukan lain dalam Liga Perdana Futsal Brunei 2016.

Saingan mereka itu ialah Mixed Star FT, Syahkampong, BSRC FT, MBS Utd SC, 1st Five FT, BMB FT, Hi-Tune SC, Creativol dan XII Brothers.

Awang Matasan (kiri) ketika menyampaikan baju rasmi edisi pertama Silveredz FT kepada Ketua Jurulatih, Awang Jefri.
Awang Matasan (kiri) ketika menyampaikan baju rasmi edisi pertama Silveredz FT kepada Ketua Jurulatih, Awang Jefri.

ARTIKEL YANG SAMA